Pak Ngah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pak Ngah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Komposer Datuk Suhaimi Mohd. Zain (gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah me­ninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Rumah Sakit Provinsi Kepri Tanjung Pinang, Indo­nesia semalam.

Pak Ngah, 60, yang terkenal dalam menghasilkan lagu berkonsepkan Irama Malaysia disahkan meninggal dunia pada pukul 3.05 petang.

Difahamkan Pak Ngah bersama ahli keluarga, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka ke sana atas urusan kerja sejak 21 September dan dijadualkan pulang semalam.

Menurut anaknya, Megat, jena­zah akan dibawa balik ke Malaysia dari Tanjung Pinang, Indonesia ke Pasir Gudang, Johor dengan menggunakan sebuah bot khas hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini