Perak tempuh laluan sukar - Utusan Malaysia

Perak tempuh laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Skuad bola Perak terpaksa memilih lauan sukar untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala Malaysia apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) dalam peringkat suku akhir pertama di gelanggang sendiri di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Perlawanan di atas padang sedikit basah itu bermula agak hambar dengan kedua-dua pasukan bermain agak berhati-hati dan bola banyak berlegar-legar di tengah padang.

Pasukan tuan rumah memperoleh peluang baik pada minit ke-20 apabila pemain tengahnya, Brendan Gan merembat kencang dari luar kotak penalti namun bola sedikit tinggi melepasi gawang PKNS FC. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Tamat separuh masa pertama, keputusan perlawanan kekal seri tanpa jaringan. 

Bermula babak kedua, Perak memperkemaskan rentak permainan dan hampir mendapat jaringan awal apabila tandukan Wander Luis Bittercourt Junior selepas menerima hantaran daripada Nazirul Naim Che Hashim namun bola tersebut terus ke dakapan penjaga gol PKNS FC, Muhammad Zarif Irfan. 

Satu lagi peluang Perak juga gagal disudahi dengan jaringan apabila sepakan percuma Leandro Dos Santos Oliviera sedikit melepasi palang gol PKNS FC. 

Pasukan pelawat dilihat lebih banyak bermain secara bertahan sepanjang perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan di hadapan kira-kira 5,000 penyokong kedua-dua pasukan. 

Perak sekali lagi akan menentang PKNS FC dalam suku akhir kedua di gelanggang lawan di Stadium Shah Alam Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini