Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman dihukum penjara - Utusan Malaysia

Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman dihukum penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 25 Sept. – Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok dua tahun lalu dalam ‘kes budu’ seperti yang digelar oleh media tempatan.

Lima lagi lelaki yang menghadapi tuduhan yang sama dibebaskan setelah Mahkamah Jenayah membuat keputusan membatalkan tuduhan terhadap mereka. 

Menurut mahkamah, lapan lelaki dijatuhi hukuman empat tahun penjara setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah di bawah Seksyen 209 dan Seksyen 210 untuk pertuduhan yang berkaitan dengan Pertubuhan Rahsia dan Konspirasi.

Mahkamah menghukum seorang lagi lelaki dengan enam tahun penjara selepas mendapati bersalah kerana memiliki bahan letupan ketika dia ditangkap.

Kesemua 14 lelaki itu, berumur antara 20 hingga 31 tahun berasal dari wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala di selatan Thailand. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini