Roadblock Hatiku satukan Baby Shima dan Floor 88 - Utusan Malaysia

Roadblock Hatiku satukan Baby Shima dan Floor 88

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Buat julung kalinya, kugiran yang menggelarkan diri mereka sebagai Floor 88 berkolaborasi dengan finalis Big Stage 2018, Baby Shima, 26, menerusi penghasilan sebuah lagu duet berjudul Roadblock Hatiku yang dilancarkan semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman MVM Production, lagu tersebut dihasilkan sendiri anggota kumpulan berkenaan iaitu Achoi, sementara liriknya ditulis secara bersama oleh tiga pengkarya iaitu Zai Floor 88, Romeo Manja dan Room None.

Penyatuan suara Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dan vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham, 21, merupakan satu gandingan cocok, sekali gus menghasilkan paduan vokal yang menarik untuk didengar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Roadblock Hatiku mengisahkan seorang wanita dan lelaki saling jatuh cinta dari pandangan pertama mereka.

Video muzik lagu tersebut sudah pun dimuat naik dalam laman YouTube milik MVM Production serta boleh didengar menerusi semua platform digital. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini