Arab Saudi tawar visa khas untuk acara istimewa - Utusan Malaysia

Arab Saudi tawar visa khas untuk acara istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 25 Sept. – Arab Saudi akan menawarkan visa elektronik untuk pelancong asing menghadiri acara sukan dan konsert bermula Disember ini.

Pelan untuk menerima jumlah pelancong yang mendadak telah dibincangkan selama bertahun-tahun tetapi menerima halangan oleh pendapat konservatif dan birokrasi.

Proses visa tersebut akan diperkenalkan untuk acara permotoran pada 15 Disember, menurut kenyataan dikeluarkan Pihak Berkuasa Sukan Awam (GSA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada butiran lanjut dikeluarkan berhubung perkara itu.

Buat masa ini, pelancong asing yang ingin ke Arab Saudi hanya terhad kepada pekerja dan keluarga mereka, kunjungan perniagaan dan jemaah Muslim yang mengerjakan ibadah haji serta umrah. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini