KLANG 25 Sept. – Meskipun sambutan Bulan Kebangsaan sudah pun berakhir, namun ia tidak menghalang ahli-ahli Beautiful Island Fitness Club (BIFC) dan keluarga masing-masing untuk terus meraikannya atas semangat patriotik.
Program Semarak Merdeka yang julung kali dianjurkan kelab tersebut dipenuhi dengan senamrobik dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Pengerusi BIFC, Normah Rahman berkata, dia berharap program sedemikian mampu menggalakkan golongan muda khususnya kanak-kanak untuk menghargai kemakmuran negara yang dikecapi sekarang.
“Program sebegini mampu menyatu-padukan masyarakat atas prinsip dengan kemerdekaan, kita bebas menentukan hala tuju negara kita dari semua aspek termasuk pendidikan dan sosial,” katanya selepas majlis perasmian program berkenaan di sini, baru-baru ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri. – UTUSAN ONLINE











