Tindakan jahat, henti mengapi-apikan isu perkauman - Utusan Malaysia

Tindakan jahat, henti mengapi-apikan isu perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Sept. – Tindakan menyebarkan surat Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Mandarin dalam urusan rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tanpa menyertakan lampiran utama dalam Bahasa Melayu adalah berniat jahat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Tan Hong Pin berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu harus dihentikan segera kerana menimbulkan salah faham.

Beliau berkata, perbuatan tersebut menjurus kepada mengapi-apikan isu perkauman dalam keadaan orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar selain dikelirukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, saya mengingatkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab berhenti perbuatan ini dengan tidak memberitahu informasi yang menyeluruh kepada orang awam dan hanya menyebarkan bahagian lampiran sahaja (tanpa melampirkan salinan Bahasa Melayu dan Inggeris).

“Perbuatan tidak bertanggungjawab ini harus diberhentikan serta-merta supaya keharmonian antara bangsa dapat dikekalkan di Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sultan Johor dalam Facebook baginda hari ini melahirkan rasa murka dengan tindakan seorang Ahli MBIP yang menggunakan Bahasa Mandarin dalam urusan surat-menyurat rasmi PBT berkenaan.

Terdahulu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam laman Instagramnya dan Pemuda Pas Iskandar Puteri dalam laman facebooknya menyiarkan lampiran surat tersebut.

Surat itu dikeluarkan dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris oleh Ahli MBIP, Chan Wei Khjan sebelum ini dan untuk memanjangkan jemputan tersebut kepada bukan Melayu, surat dalam Bahasa Mandarin digunakan di kawasan Jalan Jaya Mas dan Jalan Silat Cekak.

Hong Pin berkata, ahli MBIP itu mengeluarkan surat rasmi mengandungi tiga bahasa hanya berdasarkan semangat muhibah dan harap isu berikenaan tidak dibesar-besarkan untuk menimbulkan perasaan tidak senang hati antara kaum.

“Isu ini ditimbul disebabkan surat jemputan perbincangan ahli MBIP yang dituduh Mohamed Khaled dalam Instragramnya dan Pemuda Pas Iskandar Puteri dalam Facebooknya hanya menyebarkan lampiran dalam Bahasa Mandarin serta Inggeris. Perbuatan tersebut tidak memberitahu informasi yang menyeluruh kepada orang awam.

“Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Justeru, sebarang surat rasmi mesti dalam Bahasa Melayu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini