JANM sahkan kenyataan Guan Eng berhubung akaun hasil disatukan  - Utusan Malaysia

JANM sahkan kenyataan Guan Eng berhubung akaun hasil disatukan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hari ini mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan hanya mempunyai RM450 juta untuk dibelanjakan daripada Akaun Hasil Disatukan pada 30 April 2018 berbanding RM11.86 bilion pada penghujung tahun 2017.

Akauntan Negara, Datuk Saat Esa dalam satu kenyataan berkata, kedudukan baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2017 dan 30 April 2018 yang diumumkan Guan Eng adalah selaras dengan rekod yang diselenggarakan oleh JANM.

“JANM juga mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk menampung perbelanjaan mengurus,” katanya lagi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan lebih daripada RM8 bilion sebulan bagi emolumen dan faedah persaraan.

Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad lepas berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan alasan penyusutan sehingga 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 sehingga tempoh 30 April 2018.

Penyusutan berkenaan adalah disebabkan ‘perbelanjaan pilihan raya umum’ yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini