UPSI bantu guru mengajar lebih kreatif, inovatif - Utusan Malaysia

UPSI bantu guru mengajar lebih kreatif, inovatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Seminar Pedagogi Abad Ke-21 yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, seminar ini adalah satu platform untuk guru berkongsi ideologi serta teknik terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ini merupakan salah satu pendekatan bagi membantu sistem pendidikan negara dalam melahirkan guru yang berkualiti di masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dijangkakan antara 300 hingga 400 peserta bakal menyertai seminar tersebut yang penyertaannya terbuka kepada guru dan pensyarah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini