Jenazah Pak Ngah dijangka tiba esok - Utusan Malaysia

Jenazah Pak Ngah dijangka tiba esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Jenazah komposer tersohor negara, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur awal pagi esok.

ALLAHYARHAM PAK NGAH

Utusan Online difahamkan ketika ini jenazah Allahyarham masih berada di hospital di Batam, Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah Allahyarham Pak Ngah yang juga terkenal dengan julukan Bapa Irama Malaysia dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Menurut anak Allahyarham, Megat, sebelum menghembuskan nafas terakhir, bapanya ada mengadu sakit dada serta sesak nafas pada 21 September lalu.

“Kami membawanya ke hospital dan doktor memasukkan oksigen. Namun, Allahyarham masih sesak nafas dan mula tidak sedarkan diri sejak lima hari lalu,” ujar Megat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini