Pemimpin negeri, kakitangan awam diingat usah salah guna kuasa, penyelewengan - Utusan Malaysia

Pemimpin negeri, kakitangan awam diingat usah salah guna kuasa, penyelewengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan pemimpin negeri, wakil rakyat dan kakitangan awam agar tidak menyalahguna kuasa dan melakukan penyelewengan.

Baginda bertitah, dalam perkara itu kesemua mereka diingatkan agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti termasuk mengamalkan prinsip ‘check and balance’ dalam jentera pentadbiran kerajaan.

“Akhir-akhir ini rakyat Malaysia didedahkan dengan berita yang berlaku dalam negara ini mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan yang ekstrem yang boleh memusnahkan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang mengecewakan ialah salah guna kuasa dan penyelewengan ini telah berlaku sekian lama tanpa tindakan berkesan yang boleh diambil oleh mana-mana pihak. Beta bersyukur Pilihan Raya Umum Ke-14 mencatat sejarah hasil demokrasi yang diamalkan negara hanya apabila rakyat bersuara melalui pilihan raya ini, tindakan yang sepatutnya dibuat awal-awal lagi ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Beta menyeru agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi sampai bila-bila. Prinsip ‘check and balance’ perlu wujud dalam jentera pentadbiran kerajaan untuk memastikan negara bebas daripada sebarang salah laku. Semua wakil rakyat, agensi penguat kuasa dan kakitangan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti tanpa ada agenda kepentingan peribadi,” titah baginda pada istiadat pembukaan perasmian persidangan kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-14. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini