Johor tidak turunkan had umur perkahwinan - Utusan Malaysia

Johor tidak turunkan had umur perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan dikekalkan atau dinaikkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri,  Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan bersama Jabatan berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung perkara itu pada bulan hadapan.

“Saya telah cadangkan satu muzakarah khas berkaitan keizinan had umur perkahwinan minimum yang dibenarkan sama ada akan dikekalkan atau dinaikkan dengan meneliti faktor atau sebab mengikut situasi semasa,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat perjalanan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Buat masa ini katanya, had umur masih kekal iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki yang dibenarkan berkahwin mengikut perundangan kecuali hal-hal terpencil dengan faktor yang tidak dapat dielakkan mungkin akan dapat kebenaran khas. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial rasmi baginda yang menyelar cadangan seorang mufti menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 tahun. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini