Mati tersepit pada lif barang - Utusan Malaysia

Mati tersepit pada lif barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pekerja penghantar ayam yang sepatutnya meraikan hari lahirnya hari ini maut apabila tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd. Mydin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Semasa ditemui, bahagian bahu dan kepala Mohammad Shahrukh tersepit pada lif berkenaan yang turun ke bawah dengan bahagian pinggang tersangkut pada muka pintu lif di tingkat tiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lif berkenaan hanya untuk kegunaan mengangkut barang-barang mentah untuk masakan di restoran tersebut. Semasa kejadian mangsa dipercayai dalam proses memunggah keluar bekalan ayam ke restoran nasi kandar tiga tingkat berkenaan. Semasa memunggah bekalan tersebut di tingkat tiga, lif itu mungkin mengalami masalah teknikal menyebabkan ia turun secara tiba-tiba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini