160 atlet Sukma Terengganu terima ganjaran RM1.1 juta - Utusan Malaysia

160 atlet Sukma Terengganu terima ganjaran RM1.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seramai 160 atlet Terengganu yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak bakal menerima insentif kemenangan berjumlah keseluruhan RM1.1 juta daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain ganjaran atas kejayaan tersebut, insentif itu juga sebagai suntikan awal agar atlet berusaha meneruskan kemaraan sekali gus mengekalkan kejuaraan pada temasya sukan akan datang.

“Apa yang penting selain meraikan kemenangan ialah kita memastikan atlet Terengganu mampu meneruskan kesinambungan kejayaan pada masa mendatang dan inilah sebenarnya tujuan pemberian insentif ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri amat berpuas hati kerana dapat mencapai misi merampas kembali kejuaraan keseluruhan pada Sukma kali ini seperti yang pernah dicapai pada 2008 hingga 2012,” katanya pada sidang media di Majlis Sambutan Atlet Sukma 2018 di sini, hari ini.

Seramai 1,000 pengunjung hadir pada sambutan tersebut yang bermula dengan perarakan dari Simpang Kenyir, Kuala Jeneris ke Dataran Batu Buruk. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini