40 kakitangan Kosmo! berjaya tawan Bukit Kutu - Utusan Malaysia

40 kakitangan Kosmo! berjaya tawan Bukit Kutu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUBU BHARU – Seramai 40 kakitangan Kosmo! dan ahli keluarga mereka menyertai misi pendakian ke Bukit Kutu selama tempoh 10 jam bermula pukul 8 pagi, di sini hari ini.

Misi pendakian yang turut disertai Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin ini merupakan siri ke-6 dianjurkan Kosmo! Hikers selepas kejayaan menawan puncak Gunung Angsi, Gunung Datuk, Bukit Saga, Bukit Chenuang dan Bukit Batu Kumbang sejak awal tahun ini.

Penyelaras Kosmo! Hikers, Norzasrudin Mohamed Nor yang juga Penolong Pengarang Rencana berkata, misi tersebut dirancang selama sebulan dan berjaya mencapai sasarannya apabila kesemua pendaki melengkapkan pendakian setinggi 1,053 meter yang melibatkan jarak perjalanan pergi dan balik sejauh kira-kira 18 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pendakian tersebut turut mendapat kerjasama daripada empat anggota Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu iaitu Mohd. Fakhrul Munir Mohhd. Isa, 36; Zhafir Ahmad Ansari, 38; Muhamad Firdaus Hafizi Md. Shafii, 28 dan Mohd. Fakhrul Anoar, 27.

“Kami mula mendaki seawal pukul 8 pagi dan semua peserta berjaya sampai ke puncak sekitar pukul 12 tengah hari.

“Bagaimanapun misi kali ini berdepan cabaran apabila para pendaki turun dari puncak dalam keadaan hujan lebat yang mengakibatkan mereka terkandas lebih satu jam dan terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya di sini hari ini.

Menurut Norzasrudin, beliau bersyukur apabila kesemua pendaki berjaya turun dalam keadaan selamat kira-kira pukul 6 petang.

Misi pendakian kali ini telah menerima tajaan daripada Restoran Hakim dan Kembara Adventure Meals yang menyediakan pek makanan kembara halal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini