Chong Wei kembali dengan semangat luar biasa-Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Chong Wei kembali dengan semangat luar biasa-Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Sept.- Datuk Lee Chong Wei menunjukkan semangat yang luar biasa meskipun menghidap kanser hidung malah beliau sendiri tidak sabar untuk kembali beraksi di hadapan peminat tanah air.

SYED SADDIQ
SYED SADDIQ 

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang cukup terharu dengan semangat yang ditonjolkan oleh jaguh badminton nombor satu negara itu.

Beliau juga berharap rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada Chong Wei dan keluarganya dalam menghadapi dugaan yang menimpa dirinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum Chong Wei berlepas ke Taiwan, saya sempat bertemu beliau dan ketika itu beliau kata, beliau sudah tidak sabar-sabar untuk kembali beraksi, beliau menunjukkan semangat yang begitu berkobar-kobar.

“Kalau orang lain yang melaluinya mungkin agak sukar untuk menerimanya tetapi Chong Wei masih mahu beraksi dan berbakti untuk negara, disebabkan beliau pernah kalahkan juara dunia, saya percaya beliau boleh kalahkan kanser ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah World Electronic Sports Games Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas masalah kesihatan Datuk Lee Chong Wei selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampil mengesahkan bahawa jaguh nombor satu negara itu menghidap kanser hidung peringkat awal dan kini sedang menjalani rawatan di Taiwan dan dijangka pulang ke ibu negara dalam tempoh dua minggu lagi selepas menamatkan sesi rawatannya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini