Deklamasi puisi: Mohd Shareezad wakili Terengganu - Utusan Malaysia

Deklamasi puisi: Mohd Shareezad wakili Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 23 Sept . – Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Shareezad Abdul Satad,37, mempertahankan kejuaraannya dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2018 peringkat negeri yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, semalam.

Dengan menyampaikan puisi berjudul Generasi Kini’ karya Zurhan Bakar, beliau yang mengatasi 10 peserta lain sekali lagi akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Tempat kedua disandang oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Lada, Ketereh, Kelantan, Maizuddin Mohamad, 17, manakala Mashanis Mohamad, 23, juga berasal dari Kelantan tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua peserta memilih salah satu daripada puisi dalam antologi Lantera Zaman terbitan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang dijadikan teks wajib.

Program anjuran Gapena bersama Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita),Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasamana Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) turut dihadiri Ketua Satu Pelita, Kamaruzman Ismail.

Sayembara dihakimi oleh Syed Mohammad Noor Tuan Long (S.M Noor), Abdul Mubin Ismail dan Lara MN, manakala hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Setiausaha Satu Pelita, Zohir Harun.

Program tahunan sejak tahun 1987 itu antara lain bertujuan meneguhkan perpaduan kaum, memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dan menyerikan sambutan perayaan kemerdekaan melalui pengucapan puisi. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini