IPOH 23 Sept. – Seorang lagi lelaki yang dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah dipercayai mengalami keracunan metanol kerana mengambil minuman beralkohol disahkan meninggal dunia hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan berkata, kematian terbaharu membabitkan lelaki berusia 53 tahun itu merekodkan jumlah mangsa yang mati akibat keracunan alkohol seramai empat orang.
“Dua mangsa berusia 41 dan 53 tahun yang dilaporkan kritikal sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB namun salah seorang daripadanya telah meninggal dunia semalam.
Berita berkaitan:
“Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang dilaporkan stabil telah dibenarkan keluar wad. Jumlah kematian akibat kes ini adalah seramai empat orang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











