Saya tahu ada tawar projek - Anwar - Utusan Malaysia

Saya tahu ada tawar projek – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 23 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud individu tertentu yang berkuasa menawarkan projek bagi mendapat sokongan ahli dalam pemilihan parti itu.

Anwar berkata, beliau tahu perkara itu wujud, justeru tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan.

“Kamu sokong aku nah projek, ada… saya tahu, kalau saya tahu jaga. Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dia Presiden dia baik sikit, kalau saya naik (Presiden) saya ‘lasing’,” katanya ketika berucap dalam Sambutan Hari Malaysia 2018 PKR Sabah di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Anwar, beliau mahu hanya pemimpin yang bersih menerajui parti agar objektif utama PKR mentadbir negara dengan pembaharuan lebih baik dapat dicapai.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya setiap perwakilan parti agar memilih berdasarkan pemimpin yang berkaliber dan menawarkan polisi terbaik bukannya menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini