Penduduk Kampung Sg. Miri bersyukur dapat masjid selepas 20 tahun - Utusan Malaysia

Penduduk Kampung Sg. Miri bersyukur dapat masjid selepas 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penantian kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sungai Miri di Labuan mendapat sebuah masjid akhirnya tercapai apabila Surau al-Hijrah di kampung tersebut dinaik taraf selepas menunggu hampir 20 tahun.

Pengerusi merangkap Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, pihaknya membantu dalam proses penaiktarafan masjid tersebut dalam usaha menarik generasi muda ke rumah ibadat.

“Apabila surau ini dijadikan masjid yang paling penting kita menarik lebih ramai generasi muda mencintai masjid. Kita perlu melihat keperluan anak muda masa kini termasuk perlu daya tarikan tertentu seperti aktiviti di masjid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program yang dibuat perlu menjurus kepada minat generasi muda. Ada kemudahan bilik rehat, bilik kemudahan komputer juga ada internet selain kafe siber. Ini semua boleh difikirkan bagi menarik mereka datang ke masjid,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid tersebut di kampung terbabit.

Beliau berkata, pendekatan sama juga diambil ketika membantu membina lima buah masjid di Kemboja kerana kehidupan di sana lebih susah dan tidak banyak kemudahan seperti di negara ini.

Dalam pada itu, Penasihat Jawatankuasa masjid itu, Datuk Seri Suib Nasir berkata, impian itu tercapai apabila Surau Al-Hijrah di kampung tersebut dinaik taraf dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan kerajaan Antarabangsa dalam mempercepatkan semua proses penaiktarafan.

“Kerja menaik taraf sedang giat dilakukan seperti kubah ,tempat mandi jenazah dan (kami) juga sedang berusaha mendapat kereta Jenazah serta membaik pulih keseluruhan kerosakan masjid dengan kerjasama penduduk kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah dan Jabatan Agama Islam wilayah serta Perbadanan Labuan yang banyak memainkan peranan bagi merealisasikan hasrat penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini