Draf kaedah bayar balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada Kabinet - Pengerusi PTPTN - Utusan Malaysia

Draf kaedah bayar balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada Kabinet – Pengerusi PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Draf kaedah pembayaran balik hasil kajian holistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu peminjam membayar balik pinjaman mereka akan dibentangkan kepada Menteri Pendidikan dua minggu lagi dan dibawa ke Kabinet selepas dipersetujui, kata Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, walaupun menanggung bebanan kerana jumlah hutang yang tidak dibayar oleh peminjam sangat tinggi, PTPTN mempunyai tanggungjawab untuk membantu peminjam melunaskan pinjaman mereka.

“Saya tidak boleh dedahkan lagi kandungan draf tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kerosakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis antara 21 sekolah menengah yang rosak dibadai ribut pada Isnin lepas hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Khamis, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memberi syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur berkata, kerajaan menanggung hutang terkumpul sebanyak RM36 bilion ekoran kegagalan peminjam membayar balik pinjaman.

“Saya amat berterima kasih kepada Mahathir kerana menimbulkan isu ini,” kata Wan Saiful.

Katanya, peminjam yang mampu seharusnya membayar pinjaman tanpa perlu menunggu dikenakan tindakan undang-undang barulah hendak membayar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini