KUALA LUMPUR 22 Sept – Kerajaan diminta agar memperkemas dasar serta agensi yang ada di negara ini bagi memastikan agenda pembangunan bumiputera dapat dimantapkan.
Pengerusi Biro Ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Hassan Hamzah berkata, ini kerana agensi sedia ada tidak diselaraskan di bawah satu bumbung dan menyukarkan perancangan untuk membangunkan ekonomi bumiputera.
“Kena perkemaskan dasar dan agensi, ada banyak agensi bantu bumiputera tetapi tidak diselaraskan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kerajaan perlu pastikan ada satu agensi yang dipusatkan di bawah satu kementerian bagi tujuan ini,” katanya ketika sesi dialog Randau Pasca Kongres Masa Depan Bumiputera dab Negara 2018 di Wisma MPM di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE











