KUNAK – Dua tali barut kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di perairan Pulau Boheyan di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an itu ditembak ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot pam dalam serbuan di Kampung Air Kunak Tiga.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Kawasan Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata, identiti kedua-dua suspek yang dipercayai pendatang asing tanpa izin itu bagaimanapun belum dikenal pasti.
Katanya, dalam serbuan menerusi Ops Gasak itu, pasukan keselamatan cuba mengejar bot pam dinaiki suspek selama kira-kira 30 minit sebelum penculik tersebut bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
“Pasukan kita terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri selepas suspek terlebih dulu melepaskan tembakan.











