Serbu rumah ibu Najib, menjurus kepada police state - Utusan Malaysia

Serbu rumah ibu Najib, menjurus kepada police state

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Sept. – Tindakan polis menyerbu kediaman ibu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah di Kuala Lumpur semalam dilihat menjurus kepada kaedah sebuah police state.

Shahrir Abdul Samad

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (gambar) menyifatkan tindakan itu sebagai tidak selari dengan konsep dan prinsip Rule of Law (memerintah mengikut undang-undang) yang dilaungkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya secara pe­ri­badi amat kesal de­ngan perkara ini. Tindakan ini yang men­jurus kepada ka­edah police state menjadi suatu mimpi ngeri kepada kita semua.

“Ini kerana kita sebagai sebuah negara berdaulat yang mengamalkan sistem demokrasi yang mana rata-rata rakyatnya yang cintakan keharmonian dan kedamaian,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Polis menyerbu ke­diaman Rahah di Jalan Eaton semalam dan difahamkan dilakukan berkaitan dengan siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Difahamkan polis turut memeriksa si­ling rumah berkenaan untuk melihat jika ada wang tunai disembunyikan, tetapi pulang dengan tangan kosong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini