Perdana Menteri berlepas ke UK untuk dua siri lawatan kerja - Utusan Malaysia

Perdana Menteri berlepas ke UK untuk dua siri lawatan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan dua siri lawatan kerja ke United Kingdom (UK) iaitu bermula hari ini hingga 25 September dan dari 29 September hingga 1 Oktober depan, lawatan pertamanya ke negara Eropah selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mahathir akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 semasa selang waktu lawatan ke UK itu.

“Lawatan itu (ke UK) dijangka untuk memperkukuhkan jalinan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara,” kata Wisma Putra.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahathir dijadual mengadakan perjumpaan dengan pelabur utama, penganalisis pasaran modal antarabangsa dan pelabur baharu berpotensi yang berpangkalan di UK serta Kesatuan Eropah dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan langsung asing.

Wisma Putra berkata, perjumpaan itu akan dianjurkan oleh HSBC, kumpulan perbankan terkemuka dunia yang beribu pejabat di London. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini