Kerajaan cadang selaras undang-undang syariah berkaitan transgender - Utusan Malaysia

Kerajaan cadang selaras undang-undang syariah berkaitan transgender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kerajaan berhasrat menyelaraskan enakmen undang-undang syariah berkaitan transgender sebagai usaha membendung aktiviti tidak sihat daripada berleluasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, cadangan penyelarasan itu perlu sebagai usaha memperkukuhkan lagi undang-undang syariah sedia ada.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 20,000 golongan transgender di Malaysia dengan 83 peratus menjadi pekerja seks.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Undang-undang sedia ada ketika ini tidak cukup ketat dan saya akan berjumpa dengan ketua-ketua jabatan agama Islam di Labuan, esok dalam satu persidangan dan di situ saya akan berbincang dengan mereka.

“Sebagai contoh, lelaki berpakaian wanita dengan tujuan tidak bermoral boleh dihukum tapi ia susah dibuktikan (tidak bermoral). – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini