Bajet 2019: Kerajaan tidak kompromi keperluan rakyat - Utusan Malaysia

Bajet 2019: Kerajaan tidak kompromi keperluan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Walaupun Bajet 2019 disifatkan sebagai belanjawan sukar berikutan bebanan hutang negara, namun kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dalam isu-isu membabitkan kebajikan dan keperluan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Menurutnya, kerajaan akan mencuba sedaya upaya untuk menterjemahkan beberapa agenda dalam Bajet 2019, antaranya memastikan rakyat mempunyai kuasa beli yang besar serta harga barangan dapat dikurangkan atau dikekalkan mengikut kesesuaian.

“Kita kena ambil langkah penjimatan dan langkah bagi memastikan hutang ini dapat dibayar dengan elok, sebab itu Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) bagi bayangan ini (Bajet 2019) bajet sukar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi dalam masa sama kita sedar kalau kita tidak galakkan perbelanjaan umum, duit tidak dibelanja dalam ekonomi, ekonomi akan terhenti atau akan kurang dan menyebabkan krisis ekonomi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Taman Aman di sini hari ini. 

Katanya, disebabkan itu jugalah kerajaan pada masa ini mahu memastikan setiap projek yang dijalankan boleh memberi pulangan yang menguntungkan kepada negara. 

“Sebab itulah antara polisi kita ialah tidak ada lagi projek-projek rundingan terus, tidak ada lagi projek tender terpilih, pilih tiga empat dan akhirnya kita dapat tahu yang tiga empat itu bukan orang lain, orang itu juga yang akhirnya kerajaan rugi nilai ditawarkan itu jauh melebihi daripada nilai sebenar yang kita dapat,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini