Pas yakin ramai lagi keluar UMNO - Utusan Malaysia

Pas yakin ramai lagi keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Sept. – Pas yakin ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti itu susulan tindakan dua orang pemimpin tertingginya melakukan tindakan sedemikian.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan pemimpin tersebut meninggalkan parti menggambarkan bahawa UMNO sudah berada dipenghujungnya.

Beliau berkata, tindakan itu juga dipercayai kerana pemimpin tersebut tidak biasa mengalami kesusahan apabila sudah menjadi pembangkang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka ini sudah biasa senang semasa menjadi kerajaan dahulu dan tiada pengalaman menjadi pembangkang sebab itu susah.

“Pas pun pernah berasa perit sewaktu jadi pembangkang dahulu, namun, kerana kita sudah biasa dan Alhamdulillah boleh bertahan sehingga ke hari ini. Orang yang tidak biasa memang sukar lah, nak pula kena tunggu lima tahun lagi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini hari ini.

Mohd. Amar mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang bertindak keluar parti baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini