Anggota polis maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Anggota polis maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAU – Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 8.5, Jalan Bau-Kuching di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 pagi itu, mangsa, Marekan Sabet, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Bau.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa pula tercampak keluar dari kenderaan itu dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 2 meter.

“Impak insiden berkenaan telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepalanya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

kemalangan
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

 

Alexson menambah, kemalangan tersebut tidak melibatkan kenderaan lain.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini