Hayati Rukun Negara - Utusan Malaysia

Hayati Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUARA PENGARANG,
INI adalah masa terbaik untuk merenung dan menghayati sejenak Rukun Negara supaya kita tidak tergelincir daripada landasan penubuhan negara ini.

Formula yang digubal supaya negara kita yang berbilang kaum sentiasa hidup di dalam rukun dan damai.

Rukun Negara yang pertama ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ apabila dijadikan asas di dalam kehidupan, dengan jelas menentang keganasan; tuntutan di luar tabii seperti lesbian, homoseksual dan seangkatan dengannya; menolak minuman keras yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan dan ini seharusnya menjadi panduan kepada kehidupan kita 
terutama kepada pembuat 
dasar di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika perkara dasar ini disepakati diterima, kerajaan hanya perlu fokus untuk membantu mereka yang terjebak di dalam situasi tersebut dan mencari jalan supaya masalah ini dapat di atasi di peringkat awal lagi.

Berdasarkan prinsip ini juga, kita sepatutnya mengalu-alukan inisiatif melaksanakan hukuman sebat syarie kerana ia dilaksanakan berdasarkan ajaran agama Islam.

Apa yang dapat dilihat hukumannya telus, mudah, berkesan dan tidak menyebabkan tanggungan yang lama oleh kerajaan seperti hukuman penjara. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kerajaan.

Pada masa sama, jika ada apa-apa kelemahan atau kebimbangan seperti sebatan ke atas pesalah perempuan tidak harus dibuat di hadapan lelaki, maka langkah positif yang harus diambil adalah untuk menambah baik sistem pelaksanaannya.

Hukuman di khalayak ini ada unsur pencegahan kerana naluri manusia selalunya ego dan menjaga air muka, maka penjenayah akan berfikir berulang kali sebelum melakukan jenayah.

Begitu juga dasar untuk menambahkan levi pekerja asing pada kadar yang amat tinggi atas dasar untuk mengurangkan jumlah mereka di negara ini. Tujuan tindakan ini adalah supaya majikan mengambil pekerja tempatan.

Walaupun ia kedengaran seperti bagus, tidak dinafikan ia adalah satu langkah berisiko dan jika tiada ‘kusyen’ disediakan dalam pelaksanaannya, boleh mengancam perkembangan ekonomi negara.

Sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perniagaan makanan pasti akan terjejas teruk. Dengan pendekatan begini, kita tidak perlu berlaku zalim semasa membuat tangkapan dan menahan kerana mereka juga adalah manusia seperti kita.

Yang penting, kita perlu mengadakan satu sistem kawalan keluar masuk dan pertukaran majikan pekerja asing yang terkesan.

Inilah cabaran yang perlu dilalui oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah negara ini sekarang. Menteri-menteri perlulah memberi idea-idea bernas dan bijak dalam melaksanakan manifesto pilihan raya dan memperkenalkan dasar-dasar baharu.

ANAK MALAYSIA

Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini