Abe perkukuh kuasa - Utusan Malaysia

Abe perkukuh kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 20 Sept. – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memenangi pemilihan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) buat penggal ketiga berturut-turut hari ini, sekali gus berada pada landasan tepat untuk kekal menjadi Perdana Menteri paling lama di negara ini.

Sekiranya Abe yang sebelum ini meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 2006-2007 kekal menjadi Perdana Menteri menjelang November tahun depan, beliau akan melepasi rekod selama 2,886 hari yang dipegang oleh Taro Katsura pada awal abad ke-20.

Abe menewaskan pencabar­nya iaitu bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba dalam pemilihan berkenaan selepas meraih 553 undian berbanding Ishiba (254 undian).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dijamin kekal menjawat jawatan Perdana Menteri kerana parti kepimpinannya menguasai Parlimen.

“Saya mahu menjalankan pembaharuan Perlembagaan bersama anda,” kata Abe selepas undian berkenaan ber­akhir.

Namun sebelum itu, beliau berkemungkinan berdepan tekanan untuk mengurangkan lebihan perbelanjaan sebanyak AS$69 bilion (RM285 bilion) dengan sekutu utamanya iaitu Amerika Syarikat (AS), hampir dua pertiga daripada eksport automotif.

Abe dijangka bertemu Do­nald Trump ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada minggu depan.

Jepun mahu memperkukuhkan hubungan dengan AS tetapi Trump dengan jelas tidak berpuas hati berhubung ketidakseimbangan perjanjian perdagangan dua hala serta mahu kedua-dua pihak mengadakan perjanjian bersama.

Tokyo bagaimanapun menolak perjanjian antara dua hala kerana khuatir akan meningkatkan tekanan ke atas sektor yang sensitif seperti bidang pertanian. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini