Dua maut lori rempuh kereta, bengkel - Utusan Malaysia

Dua maut lori rempuh kereta, bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 20 Sept. – Dua maut selepas kereta yang dinaiki dilanggar sebuah lori seberat tiga tan di Jalan Simpang Gunung Pulai, Batu 4, dekat sini pada pukul 4.17 petang tadi.

Mangsa, Soh Lip Soon, 60, warga tempatan dan Late Abdul Rafiq Imam Sharif, 50, yang merupakan warganegara Bangladesh maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Lip Soon yang memandu kereta Toyota GL Wagon dan Late Abdul Rafiq yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu lori berkenaan yang membawa muatan batu dan pasir selamat dan sudah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kerosakan brek lori berkenaan sebelum merempuh kereta mangsa lalu melanggar sebuah bengkel berdekatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini