NGO kumpul pandangan, masalah pengundi di Port Dickson - Utusan Malaysia

NGO kumpul pandangan, masalah pengundi di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 20 Sept. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang mengumpulkan pandangan, masalah dan harapan pengundi untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Pengerusi Waris Nismilan, Norazizi A. Aziz berkata, bagi tujuan itu seramai 100 sukarelawan telah digerakkan mulai semalam untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai lapisan masyarakat di Parlimen berkenaan.

“Kami akan kumpulkan semua masalah dan keperluan rakyat di Port Dickson sama ada golongan nelayan, petani dan lain-lain lagi. Maklumat itu akan didokumentasikan dan diserahkan kepada Presiden PKR itu sebelum penamaan calon pada 29 September.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami yakin ini akan membantu beliau bukan saja dalam menyusun kempen, menyediakan manifesto malah menjadi asas penting dalam mewakili suara pengundi selepas PRK.

“Perkara ini amat penting kerana Anwar bakal menjadi Perdana Menteri kelapan dan ini adalah satu penghormatan kepada rakyat di Port Dickson,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Seni Budaya dan Sahsiah Negeri Sembilan, V. Kandasamy dan ahli beberapa NGO lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan PRK Parlimen Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober dengan tempoh kempen selama dua minggu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini