SPRM nafi panggil Tok Pa - Utusan Malaysia

SPRM nafi panggil Tok Pa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan telah memanggil Datuk Seri Mustapha Mohamed untuk dirakam percakapan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan dakwaan tersebut.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali,” katanya, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah stesen radio Inggeris tempatan hari ini melaporkan seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Ahli Parlimem Jeli dipanggil oleh SPRM berhubung dana diterima untuk kegunaan parti.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed dan dua pemimpin UMNO Kelantan telah disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Annuar berkata, mereka telah disoal siasat selama beberapa hari mengenai beberapa dana yang diterima dari pihak tertentu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini