Hadi Fayadh dapat perhatian media Jepun - Utusan Malaysia

Hadi Fayadh dapat perhatian media Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Penampilan penyerang skuad kebangsaan Bawah 19 tahun, Hadi Fayadh Abdul Razak bersama kelab Jepun, Fagiano Okayama di padang latihan Masada di Okayama mendapat perhatian media tempatan malah harapan tinggi juga disandarkan kepada pemain berkenaan.

Penampilan kali kedua Hadi Fayadh di Jepun bersama kelab Divisyen Dua berkenaan dilaporkan oleh media sebagai seorang pemain yang hebat serta berani mengambil cabaran untuk bermain di liga J2.

Bukan itu sahaja, media tempatan turut memuji sikap Hadi Fayadh yang ingin setanding seperti pemain-pemain Thailand di Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara pemain Thailand yang beraksi bersama kelab Jepun ialah Chanathip Songkrasin daripada kelab Hokkaido Consadole Sapporo dan Teerasil Dangda, yang bermain untuk Sanffrecce Hiroshima dengan berguru di Jepun.

Dalam pada itu, Hadi Fayadh memberitahu dia amat gembira dengan latihan bersama Fagiano Okayama dan ia mampu menjadi medan terbaik buat dia untuk meningkatkan prestasi diri selain mengucapkan penghargaan kepada pihak Yakult Malaysia atas usaha mereka membantu dia untuk mendapat tempat bersama kelab di Jepun.

“Alhamdulillah, latihan saya berjalan dengan lancar di mana saya melihat banyak perbezaan berkaitan kaedah latihan yang di gunakan dan ia memang impian saya bermain di Jepun sejak kecil lagi, Alhamdulillah, Yakult Malaysia telah membawa saya ke sini sekali lagi bagi merealisasikan impian saya.

“Pemain-pemain di sini sangat bagus, berani untuk belajar benda baru dan tidak takut untuk membuat silap. Mereka mempunyai kemahiran yang baik, laju dan saya merasakan saya boleh menjadi pemain yang baik jika berlatih di sini,” kata Hadi Fayadh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini