Arak beracun: Seorang lagi maut di Selangor - Utusan Malaysia

Arak beracun: Seorang lagi maut di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Sept. – Seorang lagi mangsa di Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat dipercayai meminum arak beracun sehingga pukul 1 petang tadi yang menjadikan keseluruhan mangsa di negeri ini seramai 20 orang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa berusia 30-an merupakan warga tempatan itu meninggal dunia di Hospital Shah Alam awal pagi tadi.

“Mangsa merupakan individu daripada kelompok dari Taman Daya, Desa Jaya Gombak; Sungai Buloh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menjadikan keseluruhan yang meninggal dunia di negeri ini seramai 20 orang iaitu dua warga tempatan, Myanmar (9);Nepal (5); Bangladesh (2) serta satu masing-masing dari India dan tidak diketahui identitinya,” katanya di sini hari ini.

Kematian terbaharu itu menjadikan setakat ini sudah 26 nyawa melayang akibat arak tersebut membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, 20 individu telah dibenarkan keluar hospital dan 16 lagi masih menerima rawatan di beberapa hospital di sekitar Lembah Klang.

.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini