SHAH ALAM – Seorang lagi mangsa maut dipercayai akibat keracunan arak menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian dicatatkan di Selangor sehingga pukul 1 petang tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 30-an itu meninggal dunia di Hospital Shah Alam.
“Sehingga pukul 1 petang, sebanyak 20 kematian dicatatkan membabitkan warga tempatan seramai dua orang, Myanmar (9), Nepal (5), Bangladesh (1), India (1) dan seorang mangsa lagi tidak diketahui identiti,”katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mazlan menambah, selain itu, seramai 20 individu telah dibenarkan keluar dari hospital dan 16 lagi masih menerima rawatan di beberapa hospital di sekitar Lembah Klang. – K! ONLINE











