Kena kad merah, Ronaldo mungkin terlepas aksi dengan Manchester United - Utusan Malaysia

Kena kad merah, Ronaldo mungkin terlepas aksi dengan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Cristiano Ronaldo bakal terlepas aksi dengan bekas kelabnya, Manchester United selepas dibuang padang ketika membuat penampilan sulung buat Juventus dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang Valencia di Mestalla, Sepanyol awal pagi tadi.

Penyerang berusia 33 tahun itu diperintah keluar padang pada babak pertama aksi sulung Kumpulan H itu berikutan perbalahannya dengan pertahanan Valencia, Jeison Murillo.

Bekas bintang Real Madrid itu kemudian terpaksa meninggalkan padang sambil menangis.

Memuatkan artikel berkaitan…
Ronaldo kelihatan menangis selepas diperintahkan keluar padang oleh pengadil.Ronaldo kelihatan menangis selepas diperintahkan keluar padang oleh pengadil.

Ronaldo kini berdepan dua penggantungan perlawanan atas kekasarannya itu yang bakal menyaksikan dia terlepas perlawanan dengan Young Boys serta kunjungan ke Old Trafford pada 24 Oktober depan.

Dia juga berkemungkinan digantung tiga perlawanan oleh UEFA yang turut bakal menyebabkannya terlepas aksi kedua dengan United di Turin pada 7 November kemudian.

Dalam insiden itu, Ronaldo dan Murillo dilihat bertembung sesame sendiri dalam kota penalti pada minit ke-29 menyebabkan pemain pertahanan Valencia itu tersungkur.

Ronaldo kemudian dilihat cuba mengangkat Murillo dengan menarik rambutnya, namun pemain Valencia itu bingkas bangun membantah kepada pembantu pengadil di belakang gol.

Tindakan Ronaldo yang menarik rambut Murillo ini menyebabkan dia dilayangkan kad merah oleh pengadilTindakan Ronaldo yang menarik rambut Murillo ini menyebabkan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Pengadil Felix Brych kemudian berbincang dengan pembantunya itu sebelum melayangkan kad merah kepada Ronaldo yang tidak percaya dengan keputusan tersebut sebelum dipujuk pegawai pasukan Juventus dalam perjalanan ke bilik persalinan.

“Sistem Bantuan Video Pengadil (VAR) mungkin dapat mengelak insiden ini daripada berlaku, keputusan pengadil mungkin akan jadi lebih tepat.

“Kami cuma berharap penggantungannya tidak panjang,” kata jurulatih Juve, Max Allegri.

Ini merupakan kad merah pertama  pernah diterima Ronaldo dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sepanjang kariernya dan juga 154 penampilan kempen ini.

Waalupun tanpa Ronaldo, Juventus masih Berjaya mencuri tiga mata daripada lawannya hasil dua jaringan penalty Miralem Pjanic pada setiap babak pertama dan kedua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini