Peguam didakwa pecah amanah - Utusan Malaysia

Peguam didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah berhubung wang pembelian saham sebanyak RM750,000, dua tahun lalu.

Ling Lae Feei, 51, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wang milik seorang pengarah syarikat di tingkat 12, Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak di sini pada 28 Disember 2016.

Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan, bagaimanapun sekiranya mahkamah cenderung untuk membenarkan jaminan, jumlah yang dicadangkan tidak kurang daripada RM30,000.

Bagaimanapun, peguam Jadadish Chandra memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya merupakan seorang ibu tunggal yang menyara dua anak serta anak saudara yang menghidap autisme.

Hakim Hasbullah Adam membenarkan Lae Feei diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport sehingga kes selesai selain menetapkan sebutan kes pada 19 Oktober ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini