Fahami penghidap autisme – Wan Azizah - Utusan Malaysia

Fahami penghidap autisme – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 18 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kes penahanan seorang pemuda autisme kerana menyentuh dada seorang gadis perlu diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, harus ada pemahaman mengenai penghidap autisme termasuk bagaimana ia mempengaruhi perkembangan dan tindakan mereka.

“Ibu (tertuduh) telah menjelaskan bahawa anaknya memiliki mental budak berumur 13 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita harus menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk memahami keadaan autisme yang sebenar (bagaimana kesan-kesannya) apabila kanak-kanak itu membesar,” katanya kepada pemberita selepas me­rasmikan pusat jagaan kanak-kanak AirAsia, Taska Krista@RedQ di Ibu pejabat AirAsia RedQ di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas me­ngenai penahanan seorang lelaki autisme berumur 22 tahun yang bertindak menyentuh dada seorang gadis di sebuah kedai makan di Subang Jaya, minggu lalu.

Penahanan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mengutuk tindakan polis menahan lelaki terbabit.

Sementara itu, ketika Dr. Wan Azizah diminta me­ngulas me­ngenai kes perkahwinan seorang lagi remaja perempuan berusia 15 tahun dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Kelantan, beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghantar pegawainya ke Kelantan.

Jelasnya, pegawai tersebut telah ditugaskan untuk bertemu dengan ibu bapa remaja berkenaan.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk menaikkan had umur perkahwinan yang sah kepada 18 tahun.

“Kami mempunyai undang-undang untuk menentukan perkara itu, dan (kita) mempunyai mahkamah syariah yang mana undang-undang dan peraturan perlu dipatuhi selain undang-undang di negeri-negeri,” katanya.

Hari ini akhbar melaporkan remaja tersebut merupakan isteri kedua kepada lelaki yang bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan telah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya bersama isteri pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini