KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti.
Dalam satu kenyataan semalam, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, beliau hilang keyakinan dengan hala tuju yang diambil UMNO yang tidak selari dengan prinsip politik selain tiada proses rejuvenasi parti.
“Berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.
“Tiada tanda-tanda majoriti rakyat berbilang kaum dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa memberitahu, UMNO selaku tunjang dalam Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini.











