3 kanak-kanak maut trak pikap terbabas - Utusan Malaysia

3 kanak-kanak maut trak pikap terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 17 Sept. – Tiga maut manakala empat lagi cedera selepas trak pikap jenis Isuzu D-Max dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Bangkau-Bangkau, Pitas di sini pagi ini.

Tiga mangsa maut itu terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki Loris Lorzen, 7 dan dua kanak-kanak perempuan ma­sing-masing berusia sembilan tahun dikenali sebagai Lis­rerealcka Hamadus dan Sizon Januin.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.55 pagi sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu diketuai Kamaruddin Sabanah bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan ambulans.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Pegawai perubatan di lokasi mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurutnya, empat mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada pukul 12.20 te­ngah hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini