Sabah mampu catat pertumbuhan pesat - PM - Utusan Malaysia

Sabah mampu catat pertumbuhan pesat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sabah berkeupayaan untuk membangun lebih pesat lagi selepas mencatatkan banyak kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, beliau kagum dengan landskap Sabah selepas tiba di ibu negeri ini semalam untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia malam tadi dan percaya negeri ini mempunyai potensi tinggi untuk menjadi negeri maju.

“Saya sudah lama tidak berkunjung ke Sabah, bandarnya kini agak bersih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir apa yang patut dilakukan (untuk membangunkan lagi Sabah) adalah untuk mengenal pasti aset-aset Sabah, yang boleh dieksploitasi. Anda mempunyai tanah, gunung, laut dan pantai dan suhu rendah, yang mungkin sesuai untuk menanam sayur-sayuran,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama-sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Mahathir turut menzahirkan kebimbangan dengan kos sara hidup tinggi yang ditanggung rakyat Sabah akibat rasuah dalam pentadbiran terdahulu, tetapi tidak menafikan terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada kos tinggi seperti pelaksanaan dasar kabotaj. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini