Bot nelayan karam, seorang hilang - Utusan Malaysia

Bot nelayan karam, seorang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 17 Sept – Seorang nelayan berhadapan dengan detik cemas selepas bot yang dinaikinya mengalami kerosakan dan karam kira-kira 18.7 batu nautika dari Tanjong Karang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi tetapi nelayan itu Ng Kiah Soon, 33, bersama dua pekerjanya warga Indonesia sempat diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada di kawasan berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, seorang lagi pekerjanya yang juga warga Indonesia bagaimanapun hilang dan masih tidak dapat dikesan setakat pukul 11 pagi hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bot bernombor pendaftaran SLFA4615 itu tidak dapat dikawal akibat angin kuat sebelum karam.

“Mangsa yang hilang berumur dalam lingkungan 50 tahun,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Rosli Operasi memberitahu, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan untuk mengesan mangsa sejak semalam.

Jelasnya, operasi itu akan meneruskan pencarian ke beberapa sektor yang telah ditetapkan di sekitar perairan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini