Program jualan bantu rakyat diperluas - Utusan Malaysia

Program jualan bantu rakyat diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Sept. – Program Jualan Jimat Harapan Rakyat (JJHR) Malaysia akan diperluas ke seluruh negeri dalam usaha membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

MOHD NOOR ALI AKHBAR
MOHD NOOR ALI AKHBAR 

Presiden dan Ketua Pegawai Sekretariat Dewan Perniagaan JJHR Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Noor Ali Akbar berkata, pihaknya menyasarkan golo­ng­an B40 atau berpendapatan bawah RM4,000 yang tinggal di kawasan bandar.

“Golongan ini merupakan komuniti miskin di bandar atau bandar raya dan pihak kami sudah mengenal pasti beberapa kawasan Parlimen yang sesuai untuk penganjuran program berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kos hidup golo­ngan ini tinggi contohnya terpaksa bayar tol, kos minyak petrol dan sebagai­nya,” katanya kepada pemberita selepas program itu yang pertama kali dianjurkan di negeri ini di Taman Cempaka, Kempas di sini, semalam.

Lebih 800 pengunjung hadir ke program selama tiga hari itu yang berakhir hari ini yang menawarkan pelbagai barangan basah seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran de­ngan potongan harga 50 peratus berban­ding harga pasaran.

Mohd. Noor Ali menjelaskan, kajian mendapati menerusi program itu, golo­ng­an B40 boleh ber­belanja pada harga runtuh dan menjimatkan sehingga RM50 seminggu.

Sebagai contoh katanya, harga ayam hanya RM5.30 sekilogram berbanding harga biasa RM7.50 hingga RM8.50 sekilogram, ikan kembung RM5.30 sekilogram (berbanding hari biasa RM18 sekilogram) dan sayur seikat 50 sen (RM2 hingga RM2.50 harga biasa).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini