Cuba mahu jalin kerjasama dalam farmaseutikal - Utusan Malaysia

Cuba mahu jalin kerjasama dalam farmaseutikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Industri farmaseutikal Cuba dan Malaysia akan mencapai tahap yang lebih tinggi jika kedua-dua negara memeterai satu perjanjian menjelang akhir tahun ini, kata Duta Besar Cuba ke Malaysia, Ibete Fernandez Hernandez.

Beliau berkata, Cuba melihat Malaysia sebagai satu hab yang signifikan dalam kalangan negara Asia Tenggara untuk bersama-sama mengeluar dan memasarkan vaksin berkualiti serta mampu milik menerusi industri farmaseutikal.

“Terdapat perbincangan antara syarikat-syarikat (farmaseutikal) dari kedua-dua negara berhubung kemungkinan untuk mengeluarkan vaksin di negara ini. Cuba memiliki kepakaran dan pengetahuan manakala Malaysia mempunyai semua fasiliti yang diperlukan untuk mengeluarkan vaksin yang selamat dan berkualiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya kita boleh me­meterai satu perjanjian tahun ini, kita mungkin boleh memulakan pengeluaran (vaksin) pada tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Hernandez berkata, sejak 1975, Malaysia dan Cuba menikmati hubu­ngan dua hala yang baik manakala perdagangan utama mereka sebelum ini adalah berkaitan vaksin bagi Hepatitis B.

“Bagaimanapun pada 2016, kami terpaksa menghentikan hubungan perdagangan itu kerana Amerika Syarikat (AS) telah menguatkuasakan sekatan,” katanya.

Negara Caribbean itu terkenal dengan kemajuannya dalam bidang perubatan dan ia mempelopori vaksin bagi kanser paru-paru pertama di dunia, Cimavax, yang telah dilancarkan pada 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini