Pembonceng motosikal kuasa tinggi maut nahas - Utusan Malaysia

Pembonceng motosikal kuasa tinggi maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 16 Sept. – Seorang wanita maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 270.8, Lebuh Raya Uta­ra Selatan arah selatan dekat Nilai di sini semalam.

Mangsa, Nor Tiara Alias, 22, yang membonceng motosikal Yamaha R25 ditunggang kakaknya, Nor Erlian, 24, di­percayai berkonvoi bersama dua buah motosikal berkuasa tinggi lain dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban.

Timbalan Ketua Polis Dae­rah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.30 malam ketika ketiga-tiga motosikal itu berada di lorong kedua dari kanan di laluan ter­sebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Motosikal dinaiki mang­sa bergerak laju dan terlanggar sisi belakang sebelah kiri motosikal Yamaha R6 yang di­tunggang seorang lelaki ber­­usia 43 tahun di hadapannya menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh ke atas lebuh raya.

“Nor Tiara tercampak ke lo­rong kedua dari kiri lebuh raya,” katanya di sini hari ini.

Azrul Hisham berkata, mang­sa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’a­far ( HTJ) di sini dan kes di­siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.

Dalam kes berasingan, beliau memberitahu, seorang lelaki ber­usia 23 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya me­langgar serpihan lampu jalan di KM 278 arah selatan lebuh raya sama awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, motosikal Yamaha 150 ditunggang mangsa, Muhammad Syahril Amri Sulaiman melanggar serpihan lampu jalan yang pecah kerana tiang lampu itu dilanggar kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini