Sekretariat pemilihan PKR Kedah direman - Utusan Malaysia

Sekretariat pemilihan PKR Kedah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 16 Sept. – Dua lelaki yang merupakan sekretariat jawatankuasa pemilihan PKR di negeri ini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan terhadap kes rasuah menjelang pemilihan parti.

Reman terhadap kedua-dua mereka yang berusia 48 dan 46 tahun dikeluarkan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, dua lelaki terbabit tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.45 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibawa keluar kira-kira pukul 11 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber SPRM memaklumkan, mereka dipercayai memin­ta wang RM20,000 daripada seorang lelaki berusia 58 tahun sebagai dorongan supaya nama­nya tidak digugurkan daripada senarai calon yang akan bertan­ding pada pemilihan parti peringkat cabang di negeri ini pada 22 September ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini