4 pendaki sesat di Gunung Pulai - Utusan Malaysia

4 pendaki sesat di Gunung Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Sept. – Empat lelaki dilaporkan sesat selepas melakukan aktiviti mendaki Gunung Pulai 2 di Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa telah menghubungi MERS 999 memaklumkan kejadian tersebut.

“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kulai telah menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai empat pendaki sesat di Gunung Pulai 2 pukul 12 tengah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pukul 12.05 tengah hari, anggota kami dapat menghubungi mangsa yang memaklumkan mereka dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, lokasi dan nombor telefon keempat-empat mangsa juga berjaya diperoleh dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa sedang dijalankan oleh agensi penyelamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini