Royalti minyak: Terengganu tetap bersangka baik - Utusan Malaysia

Royalti minyak: Terengganu tetap bersangka baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Terengganu tidak menyimpan sebarang prasangka berhubung tempoh masa yang diperlukan kerajaan Persekutuan untuk berbincang mengenai kaedah penyaluran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar percaya, langkah yang digerakkan Jawatankuasa Kabinet dalam tempoh enam bulan itu akan memberi pertimbangan baharu yang terbaik sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Saya bersangka baik bahawa itu adalah hasrat mereka untuk membuat pertimbangan baru dan saya percaya yang selepas itu segalanya harus berjalan seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita hargai apa sahaja usaha yang mereka cuba hendak buat cuma dalam tempoh kajian itu, bayaran sedia ada yang diterima mestilah berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya pemberita di luar Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-64 di Stadium Tertutup, Gong Badak, di sini hari ini.

Baru-baru ini Ahmad Samsuri melahirkan keyakinan akan menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan mengikut jadual dengan pembayarannya disalurkan terus ke dalam akaun negeri.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan beliau berdasarkan laporan minit mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dihantar kepadanya minggu lalu.

Katanya, laporan itu turut menyebut pembayaran dibuat mengikut kadar lazim diterima sebelum ini iaitu lima peratus bagaimanapun, terma wang ehsan sudah digantikan kepada wang royalti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini